Thanks For Viewing My Blog

Monday, 17 October 2011

Puisi Pertama Yang Dicipta... Cer Baca, Ada Bakat Tak?

Mimpi apa la I nih sampai post 2 entry dalam masa satu hari? Hahaha... Dah2, korang diam je lah. Blog I, suka hati I lah.

I tak kesah pon ada orang ke tak baca blog nih. I menulis bukannya nak suruh orang ramai baca blog I atau follow I ramai-ramai. Kalau ada yang baca dan follow itu lebih baik sebenarnya... Hahaha.

Alright, drop the mukaddition yang amat gonjeng nih. Ada yang tak faham kan mukaddition tuh apa? Biar I terangkan, mukaddition tuh ialah gabungan antara mukaddimah dan introduction. So, jadilah MUKADDITION.

Di bawah ni puisi yang I create secara spontan semasa I duduk sorang2 dekat bus stop. Sementara menunggu tuh, I try buat satu puisi untuk menunjukkan bahawa I pun boleh create my own puisi even I bukan orang kuat sastera. Muahahaha


Sila baca dengan nada yang betul seolah-olah anda seorang penyajak yang berwibawa :

Seorang ibu muda kehujanan di sebuah pondok menunggu bas,
menghitung-hitung kenderaan yang lalu lalang,
mencongak-congak bilangan titis air hujan,
larian air hujan yang tadinya mengalir deras,
jatuh ke dalam longkang besar itu,
semakin  perlahan,
tanda hujan makin reda,
tapi ibu muda itu masih setia di situ,
di bawah pondok bas itu,
waktu berlalu dengan pantasnya,
dari saat ke minit,kini ke jam,
mengajar ibu muda itu erti ketabahan dan kesabaran,
dia duduk bertemankan deruman enjin kenderaan yang lalu lalang,
silau bilau dari petir yang sabung menyabung,
dan yang pastinya ibu muda itu belum pasti bila waktunya bas akan tiba,
dan membawanya pulang ke rumah untuk bertemu dengan 'anak comelnya'
kini ibu muda itu tersenyum,
pondok bas yang tadinya tempat menumpang teduh telah ditinggalkan,
bas sudah tiba untuk membawanya pulang,
hatinya berbunga kerana anak kecilnya yang comel akan bertemu ibunya nanti.


Sekian...

Maaf sajak ini mungkin pelik dan tiada perenggan.. keh keh keh

Oh ya, sesiapa yang ada tajuk untuk puisi ini dipersilakan ya...

No comments:

Post a Comment